13 Mei, 2012

Nongkrong

Assalamualaikum....

pagi kawan semua :)


Nongkrong mengisahkan tiga pemuda, Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor.Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.
Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu berkahwin dengannya.Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju.
Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri.Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka termasuklah mengganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.

best sapa ada masa p layan. memang tak sunyi ngan gelak ja hehehe

terima kasih sudi komen :)

0 dak cutes:

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998