05 Mei, 2009

]]KASIH DANIA]]



Benarkah jarak waktu yang panjang mampu mengubah
Sebutir kaca menjadi permata berharga?
Dan apakah segala ketetapan yang tersurat ini
Harus diterima tanpa wasangka?

Dyara Dania seorang gadis yang punya truma cinta. Kelembutan dah keayuannya hilang ditelan kekecewaan lalu. Hatinya cuba bertahan sekeras batu daripada diseru naluri syahdu. Namun … siapa sangka getaran cinta hadir tanpa diduga. Pendiriannya roboh tanpa rela. Dalam keasyikan menyulam bahagia, dia tersedar daripada lena yang panjang. Mimpi-mimpi indah daripada lena yang panjang. Demi kasih .. Dania rela menjadi pengemis cinta yang punya harga.
Amir Budreez hidup dikelilingi bunga-bunga kasih dania. Meskipun wajah dania sering bermain-main di tubir mata,namun nama Maria sentiasa meninti di bibir. Kata hati tidak pernah seiring dengan logik akal. Entahlah … mungkin pesona maria membuatkan cinta suci dania menjadi sirna. Dalam kemanisan, terselit kepahitan yang harus ditelan.

Maria seorang gadis misteri yang muncul dalam hidup budrezz dengan rahsia tersendiri. Dia bijak mengantur langkah dan mengemudi arah. Kehadiarannya ibarat parasit yang menagih cinta. Cinta yang tak pasti dimana denstinasi akhirnya. Dan kerana itu, ada hati yang tercalar, ada perasaan yang terluka dan ada jiwa yang menahan rasa.

terima kasih sudi komen :)

2 dak cutes:

tuchin berkata...

asyiik dpt nobel jer tp x penah sampai kat akak pun nobel2 tu ... ermmm (muka compuse)

azita berkata...

keh2 akak..nak smpai mcmna dia behenti kodah aja

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998