07 Disember, 2010

|| NGANGKUNG ||

Assalamualaikum....
salam maal hijrah..dah tengok cita ni..sapa belum tengok cepat2 tengok :)


‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. So bagi korang yang selalu pergi ngangkung, apa kata pergi tengok filem ni.. ambil iktibar sikit!…

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.

Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.


terima kasih sudi komen :)

1 dak cutes:

hajarus berkata...

dah g tgk... citernyer mmg best + kelakar giler... :)

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998